• Home
  • About Us
    • SIM Packs
    • Data
    • IDD Call Rates
    • IDD Call Bundle
  • Services
  • HelloSIM App
  • HelloSIM Business
  • Home
  • About Us
  • Plans - SIM Packs
  • Plans - Data
  • Plans - IDD Call Rates
  • Plans - IDD Call Bundle
  • Services
  • HelloSIM App
  • HelloSIM Business
  • Terms and Conditions
  • Fair Usage Policy
  • Whistle Blower Policy
  • Anti-Bribery & Corruption Policy
  • Customer Consent
  • Privacy Notice
  • Privacy Notice BM

Privacy Notice BM

Last Updated: 27 Mar, 2024

Notis Privasi ini menyatakan bagaimana Valyou Sdn Bhd, sebuah unit perniagaan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih dan anak syarikat milik penuh di bawah Kumpulan Merchantrade (“Valyou” atau “kami”), yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi sebagai Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (Mobile Virtual Network Operator (MVNO)) akan mengumpul dan memproses maklumat peribadi menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan undang-undang Malaysia.

1. Apakah yang Diterangkan oleh Notis Privasi Ini

Notis Privasi ini menerangkan:

  • Apakah jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan
  • Bagaimana kami mengumpulkan maklumat peribadi anda
  • Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda
  • Bila kami mendedahkan maklumat peribadi anda
  • Bagaimana kami menyimpan maklumat peribadi anda
  • Bagaimana kami melindungi maklumat peribadi anda
  • Akses kepada dan pembetulan maklumat peribadi anda
  • Pemindahan maklumat peribadi anda
  • Urusan atas talian dengan kami

 

Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini tidak merangkumi maklumat peribadi yang dikumpulkan atau dipegang oleh kami berkenaan dengan pekerja kami dan perlu dibaca tertakluk kepada sebarang peruntukan undang-undang atau kontrak yang mengatasi atau tergunapakai.

Untuk tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa “Kumpulan Merchantrade” merujuk kepada Merchantrade Asia Sdn Bhd dan semua syarikat berkaitan, seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 7 Akta Syarikat 2016, serta semua syarikat bersekutu atau ahli gabungan kepada Merchantrade Asia Sdn Bhd.

2. Komitmen Kami Kepada Anda

Kami menghargai amanah pelanggan dan rakan niaga kami dan berkomited untuk melindungi maklumat peribadi anda serta memastikan maklumat peribadi anda hanya digunakan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini.

3. Pentafsiran Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat, yang berkaitan dengan anda secara langsung atau tidak langsung dan/atau transaksi anda dengan kami. Ini termasuk apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenalpasti atau menghubungi anda.

4. Apakah Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan

Oleh sebab sifat perniagaan yang djialankan oleh kami, bagi membolehkan kami beroperasi dengan cara yang cekap dan berkesan serta memberikan anda perkhidmatan yang terbaik, kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • maklumat perhubungan anda, seperti nama, alamat(-alamat), nombor(-nombor) telefon, nombor(-nombor) telefon bimbit, nombor(-nombor) faks, alamat(-alamat) emel, butiran kad pengenalan kebangsaan, butiran pasport, butiran pekerjaan, jantina, dan maklumat perhubungan relevan yang lain;
  • alamat IP;
  • maklumat komunikasi apabila anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami, cth., data trafik, SMS, MMS, dan komunikasi lain, serta tarikh, tempoh, masa dan kos komunikasi tersebut;
  • jumlah data yang diterima atau dihantar oleh anda (cth., data yang digunakan untuk carian internet, muat naik dan muat turun dll);
  • maklumat tentang peralatan (e.g. peralatan mudah alih atau tetap) dan/atau perisian yang anda gunakan apabila anda mengakses produk dan/atau perkhidmatan kami, Kumpulan Merchantrade, peniaga pilihan dan/atau rakan strategik kami;
  • minat peribadi dan pilihan anda untuk membantu kami menyesuaikan kepada anda, tawaran daripada kami dan juga daripada pihak ketiga yang telah kami dedahkan maklumat peribadi anda;
  • data aliran klik (clickstream) apabila anda melawati apa-apa aplikasi (apps), platform media sosial atau laman web;
  • maklumat berkaitan dengan sejarah transaksi anda dengan kami atau Kumpulan Merchantrade (cth., tarikh transaksi dan ID transaksi);
  • maklumat tambahan nilai atau isi semula (e.g. tarikh tambahan nilai, jumlah tambahan dll.);
  • maklumat tambahan nilai atau isi semula (e.g. tarikh tambahan nilai, jumlah tambahan dll.);
  • maklumat berkaitan dengan penggunaan Merchantrade Money anda (cth, saiz dompet, pernyataan Kad Duit Merchantrade (Merchantrade Money Card)) atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli Kumpulan Merchantrade yang lain;
  • maklumat yang dirakam di atas sistem keselamatan, termasuk rakaman gambar anda di atas Televisyen Litar Tertutup (CCTV) dan rakaman suara anda daripada panggilan yang anda buat kepada kami; dan/atau maklumat yang anda berikan kepada kami yang berkaitan dengan pilihan pemasaran atau semasa anda menyertai hasil kajian, pertandingan atau tawaran promosi; atau
  • maklumat yang perlu kami kumpulkan bagi mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang dan peraturan lain yang mungkin terpakai dari semasa ke semasa.

 

5. Bagaimanakah Kami Mengumpulkan Maklumat Peribadi Anda?

Kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda apabila anda:

  • membeli sebuah produk atau perkhidmatan daripada kami atau daripada ejen sah kami (termasuk membeli produk atau perkhidmatan di atas talian);
  • memohon atau mendaftar untuk produk atau perkhidmatan kami dan/atau melalui pembukaan akaun dengan kami;
  • bertanya kepada kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk atau perkhidmatan (melalui komunikasi secara lisan dan/atau bertulis);
  • daripada transaksi kewangan yang anda buat serta daripada penggunaan baucar tambah nilai untuk perkhidmatan yang kami berikan;
  • menghubungi kami dengan sebarang pertanyaan atau aduan;
  • untuk menyertai peraduan, pertandingan atau tinjauan;
  • melawati atau melayari laman web kami atau laman web bagi ahli gabungan, rakan kongsi yang diberi kuasa oleh kami, penjual semula atau ejen kami; atau
  • menghubungi kami melalui perkhidmatan perbualan langsung (Live chat) kami.

 

Selain daripada maklumat peribadi yang diperoleh daripada anda secara langsung (seperti yang dinyatakan di atas), kami mungkin juga memperoleh maklumat peribadi anda daripada entiti lain dalam Kumpulan Merchantrade, atau pihak ketiga yang berniaga dengan kami atau yang berkenaan dengan anda, contohnya daripada pembekal perkhidmatan komunikasi, institusi kewangan, agensi laporan kredit, dan daripada sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk mendedah maklumat berkaitan dengan anda dan/atau sebaliknya dibenarkan secara sah. Kami juga menggunakan Televisyen Litar Tertutup (CCTV) untuk merakam rakaman di premis kami.

6. Bagaimanakah Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

Kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda daripada anda atau daripada kategori pihak ketiga yang dikenalpasti di atas, yang akan digunakan untuk salah satu tujuan yang berikut:

  • untuk memproses pesanan atau permohonan anda bagi produk atau perkhidmatan kami, serta memberikan anda perkembangan terkini tentang pesanan atau permohonan anda;
  • untuk tujuan pengenalan dan pengesahan, termasuk tujuan menjalankan semakan kelayakan kredit anda;
  • untuk memaklumkan kepada anda berkenaan produk atau perkhidmatan baru kami dan meningkatkan perkhidmatan kami;
  • untuk menghubungi anda dengan tawaran atau promosi berdasarkan penggunaan produk atau perkhidmatan kami atau Kumpulan Merchantade oleh anda (cth., aktiviti panggilan dan mesej anda);
  • untuk memberi anda pemasaran, bahan pengiklanan dan/atau dokumen berkenaan produk, perkhidmatan dan/atau acara (termasuk produk, perkhidmatan dan/atau acara mana-mana entiti dalam Kumpulan Merchantrade atau organisasi pihak ketiga yang kami mungkin bekerjasama dengan), sama ada produk, perkhidmatan dan/atau acara tersebut telah wujud atau akan diwudjudkan pada masa depan;
  • untuk mengekalkan dan membangunkan sistem perniagaan dan infrastruktur, termasuk melaksanakan ujian dan naik taraf sistem;
  • untuk membekalkan kepada anda sokongan dan perkhidmatan pelanggan;
  • untuk membalas semua pertanyaan atau aduan yang anda mungkin kemukakan tentang penggunaan produk atau perkhidmatan kami;
  • untuk menjalankan penyelidikan dan analisis statistik (termasuk tetapi tidak terhad kepada analisis data, tinjauan dan/atau pemprofilan), dan memantau penggunaan pelanggan bagi produk dan perkhidmatan kami secara tanpa nama, untuk menambah baik produk entiti kami atau Kumpulan Merchantrade, perkhidmatan dan/atau kemudahan untuk meningkatkan sebarang interaksi berterusan antara anda dan kami atau entiti Kumpulan Merchantrade;
  • untuk menyimpan pemilihan anda terhadap jenis maklumat atau produk tertentu dan/atau untuk memperibadikan perkhidmatan kami kepada anda untuk disimpan dan digunakan dalam transaksi masa depan anda dengan kami;
  • untuk mencegah dan mengesan sebarang jenayah, penipuan, pengubahan wang haram atau sebarang jenayah lain; dan/atau
  • untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan, termasuk menjawab permintaan sah oleh kerajaan atau pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang yang menjalankan penyiasatan.

 

Rakaman CCTV di cawangan kami, secara khususnya, mungkin juga boleh digunakan untuk tujuan berikut:

  • untuk tujuan jaminan kualiti;
  • untuk menjamin keselamatan dan sekuriti kakitangan, pelawat dan pelanggan lain;
  • mengesan dan menghalang penggunaan kemudahan kami secara mencurigakan, tidak sesuai atau yang mana tidak dibenarkan;
  • mengesan dan menghalang kelakuan penjenayah;
  • untuk mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan, termasuk membalas permintaan yang sah di sisi undang-undang daripada pihak kerajaan dan pihak penguatkuasaan undang-undang yang melaksanakan penyiasatan); dan/atau
  • melaksanakan penyiasatan kejadian.

 

7. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Dalam membekalkan anda dengan produk dan perkhidmatan serta pengurusan dan/atau operasi untuk yang demikian, kami mungkin diperlukan atau dikehendaki untuk mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak ketiga yang berikut:

  • syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, rakan kongsi, pembekal perkhidmatan (pembekal perkhidmatan penyumberan luar) dan/atau penasihat profesional kami, dan pihak-pihak lain yang perlu bagi mematuhi mana-mana peruntukan undang-undang dan peraturan;
  • mana-mana entiti dalam Kumpulan Merchantrade;
  • pihak lain yang kami dikehendaki untuk mendedahkan maklumat kepadanya menurut keperluan undang-undang, permintaan yang sah di sisi undang-undang, atau perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang mempunyai bidang kuasa terhadap Valyou atau Kumpulan Merchantrade atau dalam melaksanakan kewajipan kami kepada mana-mana pihak jawatankuasa pengawalan;
  • pihak lain yang anda telah memberi persetujuan anda secara nyata atau tersirat; dan/atau
  • pemilik prospektif atau baru kami (jika ada) di mana dalam keadaan demikian, kami akan memerlukan mereka menerima pakai polisi yang serupa untuk melindungi maklumat peribadi anda, tertakluk pada setiap masa kepada apa-apa undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada Valyou atau Kumpulan Merchantrade; atau
  • pihak ketiga yang berkaitan dengan anda.

 

8. Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

Kami mengambil semua langkah keselamatan yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pendedahan atau pemusnahan tanpa kebenaran atau dengan tidak sengaja. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin keselamatan maklumat peribadi yang kami menghantar di atas talian, dan tidak bertanggungjawab ke atas pemindaan, pintasan atau penyalahgunaan bagi maklumat yang dihantar melalui internet.

9. Penyimpanan Maklumat Peribadi Anda

Ia adalah polisi Valyou untuk menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh sepanjang maklumat diperlukan untuk memenuhi tujuan maklumat peribadi tersebut dikumpul, atau tujuan lain yang serasi dengan tujuan asal atau sebaliknya yang diperlukan di bawah undang-undang. Di mana maklumat peribadi tidak lagi diperlukan, maklumat peribadi tersebut akan dimusnahkan atau dipadam secara kekal melainkan sebaliknya diperlukan di bawah undang-undang.

10. Pemasaran Langsung

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk membekalkan kepada anda maklumat dan perkhidmatan pihak ketiga dan/atau produk kami, Kumpulan Merchantrade dan pihak ketiga, yang mungkin menarik minat atau mempunyai manfaat kepada anda, kecuali di mana sebaliknya diminta oleh anda.

Dalam situasi tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda yang relevan kepada peniaga pilihan atau rakan niaga strategik kami di mana persetujuan anda telah diperolehi terlebih dahulu dan tertakluk pada setiap masa kepada apa-apa undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada kami. Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan pejanjian kami dengan pembekal perkhidmatan kami termasuk kewajipan privasi dan kerahsiaan yang sesuai. 

Jika anda tidak ingin maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau jika anda mengubah fikiran berkenaan dengan keputusan tersebut, sila hubungi kami di alamat yang dibutirkan pada hujung Notis Privasi ini. Kami akan berpegang pada arahan tulisan anda yang terkini untuk berbuat demikian.

11. Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Yang Anda Berikan Tidak Lengkap?

Di mana ditandakan (contohnya di dalam borang permohonan), anda diwajibkan untuk memberikan maklumat peribadi kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk perkhidmatan dan/atau produk kami. Jika anda enggan memberikan maklumat peribadi yang diwajibkan, kami mungkin tidak boleh memproses permohonan anda atau membekalkan anda perkhidmatan atau produk kami.

12. Hak Anda Untuk Mengakses, Membetulkan dan Mengehadkan Pemprosesan Maklumat Peribadi Anda

Di mana anda ingin mengakses maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami, mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda yang dalam milikan kami (cth. untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi yang menyebabkan anda mengalami kerosakan atau kesusahan, atau untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi untuk tujuan pemasaran langsung), menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan maklumat peribadi anda, atau di mana anda berpendapat bahawa maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, lengkap, mengelirukan atau di mana relevan, tidak terkini, anda boleh membuat satu permintaan kepada kami melalui Borang Permintaan Perkhidmatan. Borang ini terdapat di cawangan-cawangan Merchantrade.

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh kami terima Borang Permintaan Perkhidmatan yang dilengkapi dengan sewajarnya dan bayaran pemprosesan yang relevan (jika ada).

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak boleh memberikan akses kepada maklumat peribadi andi dalam situasi tertentu, contohnya apabila kami tidak boleh mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah bersifat komersial yang sulit atau jika kami menerima permintaan berulang bagi maklumat yang sama. Kami juga mungkin mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk menarik balik persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda atas asas penarikan balik kebenaran akan menjejaskan hak dan kewajipan kami sebagai pengguna data di bawah kontrak atau undang-undang. Walau bagaimanapun, sebab-sebab kami tidak boleh memenuhi permintaan anda akan dimaklumkan kepada anda.

13. Pemindahan Maklumat Peribadi Anda

Sebilangan atau semua maklumat yang anda beri kepada kami mungkin dari semasa ke semasa perlu dipindah ke luar Malaysia. Peraturan kerahsiaan dan keselamatan yang ketat mengenai maklumat anda telah dilaksanakan untuk melindunginya. Pindahan maklumat anda mungkin dibuat kepada pangkalan data negara lain, serta kepada pihak ketiga, seperti syarikat telekomunikasi di luar Malaysia, untuk diproses. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa bukan semua negara di luar Malaysia mempunyai “tahap perlindungan yang mencukupi” untuk maklumat perbadi, namun begitu kami akan cuba mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk melindungi apa-apa maklumat peribadi seperti yang digariskan di dalam Notis Privasi ini.

14. Maklumat Kami Kumpul Apabila Anda Melawat Kami Di Atas Talian

Jika anda memilih untuk mendapat maklumat atau berniaga dengan kami secara atas talian melalui www.hellosim.com.my, anda mungkin ingin mengetahui yang berikut:

Laman Web Valyou

Apabila anda melawati Laman Web kami, kami mengumpul maklumat log internet yang biasa dan butir-butir corak tabiat pelawat untuk mengetahui nombor pelawat kepada berbagai-bagai bahagian dalam Laman Web tersebut. Maklumat tersebut tidak dikaitkan dengan anda sebagai individu. Kami menggunakan maklumat tersebut untuk menilai dan meningkatkan ciri-ciri, pengalaman tetamu dan kefungsian Laman Web kami.

Kuki

Kami mengumpulkan maklumat mengenai penggunaan anda terhadap laman web kami dari kuki. Kuki merupakan paket maklumat yang disimpan di dalam komputer anda yang membantu anda mengemudi laman web dengan mengubahsuaikan maklumat laman web yang telah disesuaikan mengikut keperluan anda. Kuki sahaja tidak boleh mengenalpasti pengguna individu, hanya komputer yang digunakan sahaja. Kami tidak mewajibkan anda menerima kuki. Jika anda bimbang, anda boleh tetapkan komputer anda untuk menerima semua kuki, untuk memaklumkan kepada anda apabila satu kuki dikeluarkan, atau untuk tidak menerima kuki pada bila-bila masa. 

Maklumat lanjut mengenai kuki dan cara mereka berfungsi terdapat di www.allaboutcookies.org. Untuk menarik diri daripada penjejakan Analitik Google (Google Analytics) di seluruh Laman Web, sila lawati http://tools.google.com/dlpage/gaoptout

Pautan kepada Laman Web Pihak Ketiga

Sila ambil maklum bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web kami dan tidak terpakai untuk laman web pihak ketiga yang anda mungkin mengakses daripada Laman Web kami. Valyou tidak bertanggungjawab untuk polisi privasi atau kandungan laman web tersebut kerana mereka mungkin mempunyai polisi privasi yang tidak bergantung kepada Valyou. Untuk menentukan bagaimana laman web pihak ketiga tersebut (cth., Twitter, Facebook, YouTube) mengurus maklumat peribadi anda, anda harus memastikan anda membaca polisi privasi masing-masing mereka.

15. Pengemaskinian Notis Privasi Kami

Kami mungkin meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila semak laman web kami secara berterusan untuk maklumat mengenai tata alaman kami yang terkini.

16. Versi Bahasa Inggeris

Kami menyediakan Notis Privasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan tergunapakai. Sekiranya terdapat ketidakseragaman mengenai cara kami mengumpul atau menggunakan maklumat peribadi anda antara Notis Privasi ini dan terma dan syarat produk atau perkhidmatan khusus atau dokumen perjanjian lain, terma dan syarat produk atau perkhidmatan khusus atau dokumen perjanjian lain akan tergunapakai.

17. Butiran Perhubungan Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkenaan Notis Privasi ini, sila hubungi kami pada waktu pejabat (antara 9.00am ke 5.00pm dari Isnin hingga Jumaat) di sumber perhubungan yang berikut:

B.p: Kesavan Sathasivam, Pegawai Privasi Data
Telefon: +603-7728-8707
Emel: privacy@mtradeasia.com
Alamat: Suite 506 & 508, Aras 5, Lobi 2, Block A, Damansara Intan, No. 1 Jalan SS20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Hotline Numbers

1900

HelloSIM User

011 4100 0011

All User

info@hellosim.com.my

Email
Social Media

  • About Us
  • Announcements
  • Locate Us
  • FAQs
  • General Services
  • Terms & Conditions
  • Fair Usage Policy
  • Privacy Notice
  • Whistle Blower Policy
  • Anti-Bribery & Corruption Policy
  • Customer Consent
HelloSIM ApphelloSIM app android
Redress your complaints at the Consumer Forum Malaysia (CFM)Consumer Forum Malaysia (CFM)This portal was developed by MCMC to check the authenticity of news received online.check the authenticity of news received online

HelloSIM is brought to you by Valyou Sdn Bhd. 200701008529 (766531-U). All Rights Reserved - 0.2.0